latest comments

Gambar sekuntum bunga ros di jual pada harga mencecah RM4 juta sempena Hari Kekasih!

Gambar sekuntum bunga ros di jual pada harga mencecah RM4 juta sempena Hari Kekasih!


Pada keluaran September tahun lalu, kami telah menerbitkan artikel mengenai Kevin Abosch iaitu seorang jurugambar yang dikatakan telah menjual gambar kentang dengan harga hampir RM4 juta pada tahun 2016.


Kini, beliau sekali lagi mencatat rekod selepas menjual gambar bunga mawar berlatarbelakangkan warna hitam dengan harga RM4 juta! Dengan kejayaan terbaharu ini, beliau muncul sebagai jurugambar lukisan kriptografi dengan bayaran paling mahal di dunia.


CNN melaporkan bahawa foto yang berjudul Forever Rose tersebut telah dibeli pada Hari Kekasih oleh sekumpulan 10 pengumpul. Mereka terdiri daripada wakil dana pelaburan, firma penasihat, projek crypto dan pelabur crypto yang berpangkalan di China.


Terdapat lebih daripada 150 pembeli yang berminat dengan lukisan tersebut namun akhirnya dibeli oleh 10 pengumpul dengan kaedah membahagikan harga (dibayar dalam token GTO dan IAMA) secara sama rata melalui 10 cara. RM4 juta dipercayai merupakan harga tertinggi yang pernah dibayar untuk karya seni cryptocurrency.
Kevin Abosch telah mencipta Forever Rose dengan kerjasama GIFTO, platform pemberian hadiah yang berpusat yang menyimpan rekod koleksi Ethereum blockchain.


Beliau dan GIFTO telah mendermakan hasil daripada penjualan kepada YayasanCoderDojo, yang menyediakan program pengaturcaraan percuma untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 17 tahun.
“Orang ramai secara tradisinya mempunyai nilai yang dapat dilihat dan dirasakan, tetapi beberapa perkara yang paling berharga seperti cinta, misalnya boleh dirasakan tetapi tidak dilihat,” kata Abosch kepada CNN.


Sumber: Pita Pixel
Gambar sekuntum bunga ros di jual pada harga mencecah RM4 juta sempena Hari Kekasih! Gambar sekuntum bunga ros di jual pada harga mencecah RM4 juta sempena Hari Kekasih! Reviewed by penghentam setia on 23:35 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Powered by Blogger.