(3GAMBAR + VIDEO) Dua kanak-kanak bakal dipenjarakan 10 tahun kerana memusnahkan sarang lebah dengan sengaja!

Lebah merupakan salah satu haiwan yang digeruni ramai kerana mempunyai sengatan yang berbisa. Justeru, tidak hairanlah jika kita melihat ada orang yang akan berlari mahupun menjerit sekuat hati setiap kali ternampak ada lebah mendekati.

Namun, lebah merupakan sebahagian penting dalam ekosistem kita dan disebabkan itu, pelbagai kempen menyelamatkan lebah telah dijalankan secara meluas bagi menangani isu kepupusan serangga pengeluar madu ini.
Di Sioux City, Iowa, berlaku satu tragedi kemusnahan sarang lebah yang dilakukan oleh dua kanak-kanak lelaki berusia 12 dan 13 tahun. Oleh demikian, kedua-duanya telah disabitkan kesalahan dan mungkin akan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun!
Nampaknya isu pemeliharaan dan pemuliharaan spesies lebah benar-benar dianggap serius!

Segalanya bermula apabila Justin dan Tori Englehardt yang memiliki ladang perusahaan madu lebah, Wild Hill Honey mendapati kesemua 50 sarang lebah yang diusahakan mereka musnah!
Mereka hanya menyedari akan keadaan tersebut pada pagi 28 Disember lalu ketika sedang melawat kawasan. Kesan kejadian menyebabkan mereka kerugian lebih daripada RM233,598 dan kematian 500,000 lebah.
“Mereka mencerobohi kawasan kami, ambil semua peralatan dan membuangnya ke dalam salji. Semuanya telah dimusnahkan. Mereka membunuh lebah-lebah itu”.

Lebih memilukan lagi apabila syarikat insurans tidak merangkumkan insurans untuk perlindungan lebah sekali gus membuatkan pasangan ini terpaksa meminta dana sumbangan menerusi Go Fund Me bagi memastikan perniagaan mereka boleh dimulakan semula.
Sesiapa yang berada di tempat mereka pasti akan patah hati apabila melihatkan sumber pendapatan mereka habis musnah gara-gara perbuatan vandalisme kanak-kanak.
Sumber: Viral Thread
(3GAMBAR + VIDEO) Dua kanak-kanak bakal dipenjarakan 10 tahun kerana memusnahkan sarang lebah dengan sengaja!
Reviewed by penghentam setia
on
23:31
Rating:
Reviewed by penghentam setia
on
23:31
Rating:
No comments: