(9GAMBAR) Petai mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, tetapi sungguh bermanfaat. #7 amat berguna untuk para wanita

Petai merupakan ulaman yang digemari oleh rakyat Malaysia, walaupun pasti ada sesetengah daripada kita yang tidak tahan akan ‘aroma’nya yang sungguh menyengat!

Petai atau nama saintifiknya ‘parkia speciosa’ merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh meliar di dalam hutan. Lazimnya, ia dimakan begitu sahaja bersama nasi, dimasak sambal bersama udang, bahkan dibuat gulai bersama kulitnya yang dikikis. Memang sedap!

Ia mempunyai bau yang kuat dan hal tersebut membuatkan ada yang tidak suka akannya, maka kami akan kongsikan kepada anda kebaikan petai untuk tubuh manusia.
#1 Membantu perokok berhenti merokok

Ternyata petai dapat membantu perokok dalam usaha untuk berhenti bergantung kepada nikotin dan tembakau dalam hidup mereka. Hal ini kerana, petai mengandungi vitamin B6 dan B12.
Ia juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium yang membuatkan badan anda tidak lagi memerlukan nikotin yang ada pada rokok.
#2 Melancarkan pencernaan

Petai terdiri daripada serat yang amat berguna dalam proses pencernaan tubuh manusia.
Pengambilan petai dapat menghalang sembelit daripada berlaku. Bukan itu sahaja, buat mereka yang makan banyak sehingga kekenyangan, petai berfungsi sebagai antasid semula jadi untuk melegakan pedih ulu hati. Jadi, bagi mereka yang mengalaminya, bolehlah makan petai selepas ini ya.
#3 Memaksimumkan keupayaan mata

Petai amat kaya dengan vitamin A iaitu mengandungi kira-kira 200IU bagi setiap 100 miligram. Umum sudah sedia maklum akan peranan vitamin A pada manusia, di mana ia sangat berguna untuk mata kita – mengekalkan tahap kesihatan kornea mata.
#4 Menurunkan tekanan darah tinggi

Oleh kerana petai mengandungi kalium yang sangat tinggi dan memiliki kandungan garam yang rendah, maka ia amat sesuai bagi mengatasi masalah tekanan darah tinggi.
Menurut United State Food and Drug Administration (USFDA), pihak mereka mengesahkan kemampuan petai dalam menangani masalah tekanan darah tinggi dan strok.
#5 Mengukuhkan memori

Terdapat satu kajian yang dilakukan terhadap pelajar yang memakan petai telah merekodkan hasil yang memberansangkan. Hal ini kerana terdapat hubungan yang signifikan antara pemakanan petai secara rutin dengan kemampuan memori otak manusia.
#6 Merawat kemurungan

Kalium yang terkandung pada petai membantu menormalkan denyutan jantung, menyalurkan oksigen ke otak dan menyeimbangkan bendalir dalam tubuh badan kita. Manakala, kandungan trytophan mampu meningkatkan kadar serotonin – bahan yang menjadikan badan kita lebih santai dan selesa. Jadi, bagi sesiapa yang selalu mengalami kemurungan, makanlah petai agar mood anda stabil.
#7 Meredakan sindrom pramenstrual

Bagi golongan wanita yang sering mengalami sindrom pramenstrual, maka anda dinasihatkan untuk makan petai. Hal ini kerana ia mengandungi vitamin B6 yang berfungsi dalam mengawal kandungan gula dalam darah sekaligus membantu menceriakan mood anda sebelum datang bulan.
Sumber : Erabaru
(9GAMBAR) Petai mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, tetapi sungguh bermanfaat. #7 amat berguna untuk para wanita
Reviewed by penghentam setia
on
20:36
Rating:
No comments: