(6GAMBAR) Pilu! Bayi berusia 34 hari yang ‘berdengkur’ meninggal dunia walaupun telah berjumpa doktor. Apakah sebabnya?

Mana-mana pasangan suami isteri di dunia ini akan berasa sangat bahagia saat dikurniakan cahaya mata. Ia bagaikan anugerah terindah yang menyerikan lagi hubungan sesama sendiri selain melengkapkan keluarga. Lebih-lebih lagi jika pasangan yang telah lama berkahwin dan menantikan kehadiran zuriat. Indahnya!
Tetapi tidak semuanya berlaku mengikut apa yang kita rancang. Bayangkan anda berada di tempat ibu ini – Bayinya lahir dalam keadaan yang sihat sehinggalah 34 hari berikutnya, bayinya pergi menghadap Ilahi.

Menurut Puteri Fazeera, Raid, merupakan bayi yang murah dengan senyuman walaupun hakikatnya bayinya itu sedang menahan kesakitan. Raid tidak pernah sesekali menunjukkan tanda-tanda dirinya sedang sakit seperti demam dan sebagainya. Cuma nafas Raid kerap berbunyi. Hal ini membuatkan Fazeera membawanya berjumpa dengan doktor. Jawapannya, Raid dalam keadaan yang sihat. Apabila ke klinik lain, pasangan ini masih mendapat jawapan yang sama.
Raid Fawwaz yang sering menguntumkan senyuman

Pada hari Jumaat 9 Februari, Raid menangis pada pukul 5.30 pagi kerana mahu dipegang sampai tertidur. Fazeera kemudian meletakkannya semula ke tilam. Setelah 30 minit (6.00 pagi), Fazeera terjaga dan melihat anaknya dalam keadaan longlai dan mengiring. Hidungnya berdarah dan berlendir, seluruh badannya pucat dan tidak sedarkan diri. Ketika itu, nadi Raid memang tiada. Mereka cuba memberikan bantuan pernafasan daripada mulut ke mulut sepanjang perjalanan ke hospital.
Setelah tiba, doktor telah mengesahkan bahawa Raid sudah tidak bernyawa lagi. Doktor mengandaikan punca kematian Raid adalah tersedak susu kerana terdapat lebihan susu keluar bersama darah dan lendir. Pasangan ini kemudian dinasihatkan untuk membuat laporan polis.
Menurut pihak polis, prosedur bedah siasat diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ke atas kanak-kanak dibawah umur 5 tahun. Namun, pasangan ini boleh sahaja meminta agar arahan bedah siasat itu ditarik jika tidak sanggup melihat bayi mereka dibedah siasat. Akhirnya, mereka akur dan bersetuju untuk membenarkan bayi mereka dibedah siasat.
Hasil bedah siasat mendapati bahawa paru-paru Raid dijangkiti kuman. Menurut doktor, jika bayi tersedak susu, darah tidak akan keluar melalui hidung. Ketika itu, barulah Fazeera teringat bahawa nafas bayinya berbunyi selama ini. Mungkin itu petanda bahawa paru-parunya dijangkiti!
Apa yang menjadi tanda tanya adalah, mengapa setelah diperiksa oleh doktor di beberapa klinik, doktor mengatakan paru-paru Raid normal? Dan menurut mereka, Raid dalam keadaan yang sihat. Walaupun tidak berpuas hati, pasangan tabah ini redha dengan pemergian anak mereka.
Ketika sambutan hari lahir Fazeera (7/1/2018). Raid baru berusia 2 hari.

Baju pertama dan terakhir yang dipakai oleh Raid.

Raid dapat banyak hadiah tetapi tidak sempat dibuka dan dipakainya.

Fazeera dan suami berkongsi kisah ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para ibu bapa di luar sana agar tidak mengambil mudah jikalau nafas bayi berbunyi. Mungkin ia boleh menjadi petanda kepada perkara yang lain. Segera bawa anak anda berjumpa dengan pakar kanak-kanak sebelum semuanya terlambat.

Semoga pasangan ini terus tabah menjalani kehidupan akan datang. Al-fatihah buat Muhammad Raid Fawwaz bin Mohamad Razif.
Sumber: Siakapkeli
(6GAMBAR) Pilu! Bayi berusia 34 hari yang ‘berdengkur’ meninggal dunia walaupun telah berjumpa doktor. Apakah sebabnya?
Reviewed by penghentam setia
on
23:26
Rating:
No comments: