(25GAMBAR) Hebat dan jimat! Lihat transformasi rumah kediaman keluarga wanita ini dengan hanya bermodalkan RM2,000

Pernahkah anda berfikir untuk mengubah suai keseluruhan rumah dengan hanya bermodalkan wang yang sedikit lagi menjimatkan? Mungkin kedengaran agak mustahil kerana selalunya ramai yang akan mengeluarkan belanja yang banyak untuk mengubah suai rumah. Tetapi dengan kebijaksanaan fikiran untuk berbelanja dengan berhemat, impian mengubah suai rumah menjadi selesa dan cantik boleh direalisasikan.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mcyah Joanjett telah berkongsi pengalaman mengubahsuai rumah kediamannya kepada konsep mewah klasik dengan sentuhan kreativitinya bersama perbelanjaan yang paling minimum iaitu sebanyak RM2,000.

Sebelum itu, ini adalah wajah rumah lama di tapak yang sama sebelum wanita ini memberi sentuhan tranformasi mewah klasik ke atas rumahnya.



Wanita ini berkata, ” Terdapat 3 keajaiban apabila rumah menjadi cantik dan selesa. Suami akan selalu pulang ke rumah, kasih sayang akan bertambah dan anak-anak tidak lagi mahu membuat sepah.”
Selain itu menurut wanita ini, saudara mara yang datang berkunjung juga berasa lebih selesa berada di ruang tamu rumah mereka yang nampak lebih besar dan luas.
Katanya lagi, “Keadaan persekitaran rumah memainkan peranan yang besar didalam kehidupan berumahtangga. Hubungan suami isteri serta anak-anak menjadi lebih baik dan bernafas baru. Sama ada rumah itu kecil atau besar bukan persoalannya. Rumah kami biasa sahaja dan dekorasinya juga adalah biasa, mengikut kemampuan kami asalkan ia kelihatan kemas dan menarik.”
Dan ini adalah hasilnya selepas rumah kediaman ini telah diubah suai!



Menurut wanita ini, beliau memilih untuk membeli barangan dekorasi rumah dengan kos yang sangat minimum.
Bagi rak berpalang meletak pasu bunga, ia hanya berharga RM25.00 dan rak meletak kasut pula berharga RM150.00 yang dibeli di IKEA. Harga ini termasuk caj upah sekitar RM5.00 sehingga RM30.00 bagi setiap barang untuk pembeli persendirian. Jika membeli dengan pergi ke IKEA sendiri, harganya lebih murah.
Wanita ini menaikkan seri rumahnya yang kelam sebelum ini dengan menukar cat berwarna putih!

Segulung tikar getah untuk keseluruhan rumah berharga RM230.00 dan permaidani ala IKEA berharga RM95.00.
10 keping cermin dari IKEA berharga RM68.00.

Cermin ditampal sendiri dengan menggunakan pita pelekat berganda sahaja.

Barangan perabut yang digunakan semuanya dibeli dengan harga yang paling murah dan dihiasi menurut kreativiti tuan rumah sendiri.

Sofa hitam ini dibeli di kedai perabot terpakai yang berharga RM150.00. Kusyen lembut itu berharga RM12.00 setiap satu dan meja putih dari IKEA berharga RM89.00.

Semua barangan yang dibeli dari IKEA adalah seperti berikut :
Bunga berharga RM9.90 , pasu berharga RM7.oo dan rak putih berharga RM25.00.
Ruang yang sama nampak lebih luas dan selesa untuk tetamu yang hadir. Saudara mara boleh berkumpul dengan selesa!



Ruang makan dengan dekorasi yang ringkas dan rapi memudahkan kerja mengemas.



Semua barangan dari IKEA dengan meja makan berharga RM189.00, kerusi makan berharga RM40.00. Manakala alas meja dibeli dari MR.DIY berharga RM8.00.
Kertas dinding diberi sentuhan klasik dan rustik sehingga sedap mata memandang.

4 gulung kertas dinding ini berharga RM100.00. Untuk ruangan menonton, hanya dua gulung kertas dinding digunakan dengan modal RM50.00.
Rak meletak perhiasan botol ‘Coke’ lama dan dekoder Astro ini berharga RM25.00 dan RM60.00 dengan semua dibeli dari IKEA.


Lampu ini boleh didapati di IKEA dengan harga RM35.00

Tempat mencuci kain dan pakaian kini tersusun rapi dan nampak lebih kemas dan teratur. Walaupun pada mula ia amat sukar diatur, kini idea kreatif wanita ini telah memperlihatkan hasil yang hebat.
Bakul putih dari IKEA ini berharga RM15.00 sebuah dan rak besi putih itu berharga RM100.00 dan ia telah dibeli dari kedai barangan terpakai.
Bunga lavender plastik yang diletak di luar rumah.

Lampu ikon di luar rumah.

Lampu studio.

Sememangnya amat berbaloi apabila seseorang itu membelanjakan hanya RM2,000 untuk mengubahsuai rumah lama dengan nafas baru. Wanita ini sememangnya seorang yang kreatif, bijak dan berhemat.
Tambahan, kini rumah kediamannya nampak lebih hebat, cantik dan selesa.
Jadikan rumah ini sebagai sumber inspirasi untuk mengubah suai rumah anda dengan modal yang terhad tetapi nampak cantik dan selesa.
Kredit imej: Facebook /Mcyah Joanjett
(25GAMBAR) Hebat dan jimat! Lihat transformasi rumah kediaman keluarga wanita ini dengan hanya bermodalkan RM2,000
Reviewed by penghentam setia
on
20:01
Rating:
No comments: