latest comments

(20GAMBAR) Fakta menarik tentang 10 makanan yang sering kita nikmati tetapi tidak tahu di mana sumbernya

Fakta menarik tentang 10 makanan yang sering kita nikmati tetapi tidak tahu di mana sumbernya


Kita sering menikmati sesuatu hidangan tanpa mengetahui asal usul dan sejarah penumbuhannya. Dari mana hidangan tersebut diperolehi, bagaimanakah cara penanaman atau pemeliharaannya dan bermacam-macam lagi.


Apabila anda sudah mengetahui sejarahnya, anda pasti akan terkejut kerana ianya berbeza dengan apa yang anda bayangkan.
Misalnya, semasa admin kecil dahulu, admin ingatkan buah tembikai dan nanas itu tumbuh di atas pokok, tetapi hakikatnya jauh sama sekali.


Jadi, dalam artikel ini kami akan pamerkan kepada anda informasi tentang beberapa produk makanan yang sering anda nikmati. Selepas ini, anda boleh memperoleh pelbagai fakta menarik tentang sumber-sumber makanan ini.
#1 Kurma




Tahukah anda sebenarnya buah kurma tidak mempunyai sebarang bau? Oleh itu, kurma disarankan untuk disimpan secara berasingan kerana buah yang kering mampu menyerap bau luran dengan lebih cepat.


Kurma juga tumbuh di atas pokok palma setinggi 15 hingga 25 meter dan sebatang pokok boleh menghasilkan kira-kira 100 kg kurma!
#2 Buah tin atau buah ara


Pokok ara sentiasa ‘hidup’ dengan kehadiran tebuan yang akan menjalankan pendebungaan. Tebuan jantan tidak mempunyai sayap. Jadi, tebuan ini tidak akan pernah meninggalkan sesebuah pokok sebaliknya akan tinggal dan mati pada satu pokok ara.


Dalam erti kata lain, setiap buah ara akan mengandungi sisa-baki tebuan dan enzim istimewa akan mengubah serangga ini menjadi sumber protein yang tidak akan menjejaskan rasa buah ara tersebut.
#3 Betik


Buah betik mempunyai pelbagai khasiat termasuk bijinya. Biji betik dikatakan berfungsi dalam melebatkan rambut dan baik untuk sistem pencernaan.


Pada zaman dahulu, masyarakat purba akan menggunakan buah yang berwarna hijau sebagai pencegah kehamilan kerana buah yang belum ranum mempunyai bahan yang mampu mengurangkan fungsi reproduksi pada lelaki dan juga wanita.


#4 Buah kranberi
Kranberi tumbuh melalui kaedah penanaman khusus di kawasan paya. Apabila buah ini mulai matang, ia akan timbul di atas permukaan air.


Jadi, semasa proses penuaian, pekerja akan menggunakan alat penuai yang akan mengocakkan air untuk membolehkan buah-buah ini timbul pada permukaan. Selepas itu, pekerja akan mengumpulkan kranberi yang sudah ranum dengan menggunakan jaring khas.
#5 Buah naga


Jika anda tertanya-tanya bagaimana rasa pokok kaktus, ianya mempunyai rasa yang sama seperti buah naga.
Apabila pokok ini berbunga, ianya akan dipenuhi dengan putik yang harum dan mekar pada waktu malam. Buah naga juga enak dihidangkan ketika sejuk.
#6 Wasabi


Wasabi asli yang ditanam di dalam air sejuk yang mengalir mempunyai kesan antimikrob yang kuat. Oleh itu, wasabi amat sesuai untuk dinikmati bersama dengan ikan mentah.
Wasabi sebenarnya dihasilkan daripada akar dan satu akar boleh mencapai harga RM1,093 untuk 1 kg! Selain itu, wasabi asli hanya boleh ditemui di Jepun. Jadi, jika anda membeli wasabi di pasaran, ia sebenarnya adalah wasabi tiruan yang diperbuat daripada campuran lobak pedas, rempah dan pewarna.


#7 Kunyit
Akar kunyi yang telah dikeringkan boleh membantu dalam menghalang penyakit Alzheimer.
Justeru, kita dapat lihat hanya 5% penduduk di India yang berumur lebih daripada 60 tahun mengalami Alzheimer. Sementara itu di negara lain, jumlah pesakit Alzheimer adalah sebanyak 20%.


#8 Biji chia
Biji chia merupakan amalan pemakanan yang paling sihat. Ia mempunyai komposisi seimbang antara asid lemak, antioksida, protein dan juga serat.


Di negara Mexico dan beberapa negara Amerika Latin lain, biji Chia ini dianggap sebagai ramuan penting dalam sajian tradisional sejak zaman Aztec.
#9 Biji sawi
Biji sawi merupakan ubat antiseptik yang baik. Pembuat wain sering menggunakan biji sawi untuk menyuburkan tanah.


Akar biji sawi mengandungi sulfur yang tidak digemari oleh haiwan perosak.
#10 Bunga cengkih
Rempah yang sering digunakan dalam masakan ini merupakan putik yang telah dikeringkan. Ia mempunyai bau yang kuat dan rasa yang pijar.


Sumber bau dan rasa yang pedas adalah terletak pada bahagian atas putik cengkih itu.
Sumber: BrightSide

(20GAMBAR) Fakta menarik tentang 10 makanan yang sering kita nikmati tetapi tidak tahu di mana sumbernya (20GAMBAR) Fakta menarik tentang 10 makanan yang sering kita nikmati tetapi tidak tahu di mana sumbernya Reviewed by penghentam setia on 01:31 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Powered by Blogger.