latest comments

Ekoran kecewa digelar ‘si banyak lemak’, lelaki ini memutuskan untuk melakukan transformasi hebat

Ekoran kecewa digelar ‘si banyak lemak’, lelaki ini memutuskan untuk melakukan transformasi hebat


Bayangkan jika anda menjadi bahan lucu kawan-kawan anda hanya kerana tubuh badan anda agak besar. Ia pasti menjengkelkan anda. Namun inilah yang terjadi kepada seorang lelaki warga Thailand bernama Mos Sataporn ini. Sebelum ini, berat badannya mencapai 155 kilogram dan sering diketawakan oleh rakan-rakannya. Bahkan, cintanya juga ditolak oleh wanita yang disukainya.
Mos adalah pemilik sebuah kedai telefon bimbit di Thailand. Punca berat badannya meningkat sehingga 155 kilogram adalah kerana dia selalu makan makanan berkalori tinggi. Walaupun tingginya 185 sentimeter, namun dia termasuk dalam kategori obes berdasarkan Indeks Jisim Badan (BMI).


Dia selalu dijadikan bahan ejekan oleh rakan-rakannya sehingga ada wanita yang memanggilnya gendut. Disebabkan itu, dia mula bertekad untuk diet dengan mengurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dan berlemak. Dia mula pergi ke gimnasium untuk bersenam.
Pada awalnya memang sukar untuk sesuaikan dirinya dengan diet yang seimbang kerana dia sudah terbiasa mengambil makanan berkalori tinggi. Dia membiasakan diri dengan bersenam pada setiap pagi.
Dia hampir berputus asa dan berasa sengsara apabila bersenam. Namun, dengan semangatnya yang kuat, dia berjaya menurunkan 5 kilogram berat badannya dalam masa 1 bulan.


Penampilannya selepas 1 tahun
Berat badannya kini 80 kilogram dengan tingginya 185 sentimeter, membuatkan penampilannya semakin menarik. Ramai para wanita dan netizen memujinya.
Mos berkata, “jika mahu diet, langkah pertama adalah kita harus melawan diri kita sendiri. Orang lain mampu melakukannya, kenapa kita tidak?”


Mos tidak menyangka transformasinya itu menjadi tular di media sosial. Dia kini memberi semangat kepada orang lain yang mempunyai masalah sepertinya dahulu.


Ternyata usaha yang gigih dan semangat yang kuat mampu mengubah hidup anda!
Sumber: Dailynews.co
Ekoran kecewa digelar ‘si banyak lemak’, lelaki ini memutuskan untuk melakukan transformasi hebat Ekoran kecewa digelar ‘si banyak lemak’, lelaki ini memutuskan untuk melakukan transformasi hebat Reviewed by penghentam setia on 08:30 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Powered by Blogger.