
Kita semua suka mengambil swafoto dan berkongsi foto di laman media sosial. Tiada salahnya untuk anda berbuat begitu. Dan sekiranya gambar anda menakjubkan, apa salahnya?
Kami bakal memberikan anda idea untuk mendapatkan swafoto epik dan cadangan lokasi pelancongan untuk anda!
Sekiranya anda gemar berswafoto dan mengambil gambar epik, anda harus melawat Umbul Ponggok di Indonesia!


Umbul Ponggok yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia, sangat cepat menjadi salah satu tempat paling dilawati di negara itu. Ini kerana, ianya merupakan tempat bagi penggemar Instagram mendapatkan gambar yang sangat menarik untuk dimuat naik nanti.
Keseronokan bermula apabila anda berada di dalam dasar laut.


Seperti yang anda boleh lihat melalui gambar-gambar ini, Umbul Ponggok dipenuhi dengan pelbagai peralatan di dasar laut. Ianya membolehkan pengunjung untuk menyelam dan mengambil gambar! Barulah ini dikatakan sambil menyelam, minum air!
Mereka mempunyai segala-galanya, daripada skuter dan motosikal, kepada khemah, komputer riba, televisyen dan bunga. Anda juga dapat berenang bersama ikan-ikan di sekeliling anda.
Tempat ini telah menerima ulasan menarik daripada rata-rata pengunjungnya di laman web TripAdvisor.


Anda boleh lihat kan, betapa hebatnya hasil gambar di dalam dasar laut ini! Kongsi bersama rakan-rakan anda dan rancang destinasi pelancongan akan datang anda ke sini!
Sumber : Era Baru
Ambil gambar paling epik dalam dasar laut yang boleh membuat rakan-rakan anda semua terpegun!
Reviewed by penghentam setia
on
20:19
Rating:
Reviewed by penghentam setia
on
20:19
Rating:
No comments: