
Bagaimana seseorang itu boleh mendapat idea membuat hotel di kawasan dengan kandungan garam yang tinggi dan ia menjadi tarikan utama pelancongan ke negara Bolivia? Kesemua bangunan hotel dengan dinding, siling, kerusi, meja dan lain-lain turut diperbuat daripada garam. Maka hotel ini satu tarikan yang sangat unik dan berlainan.
Menginap di hotel ini bermakna anda perlu menahan diri dari menjilat dindingnya yang masin. Hotel ini dinamakan Palacio de Sal atau Istana Garam yang merupakan hotel bergaram dan termasin serta yang pertama di dunia. Hotel ini telah direka oleh arkitek Juan Quesada Valda pada tahun 1998 dan pada asasnya keseluruhan hotel ini telah diperbuat daripada garam, termasuk kerusi, meja ,dinding dan silingnya. Hotel bergaram ini terletak di lokasi yang merupakan kawasan semulajadi yang mengandungi kandungan sodium klorida atau garam yang tinggi di Bolivia.

Kredit : Palacio de Sal
Sememangnya para doktor menasihatkan kita supaya tidak mengambil dan memakan garam dengan banyak, tetapi apabila berada di tempat dengan kandungan garam yang tinggi, ia adalah satu perkara lain yang berbeza. Garam merupakan sumber yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit berkaitan pernafasan, menaikkan semangat dan meningkatkan kualiti tidur. Bermakna ia dapat membuat kita berasa tenang dan memberi rehat dengan baik.
Menurut laman rasmi hotel ini, tujuan utama arkitek mereka bentuk hotel ini ialah untuk menyediakan para pelawat dengan pengalaman di mana mereka boleh menemui keseronokan menginap di hotel di samping merasai suasana alam semulajadi dan mendapat rehat yang mencukupi serta tidak dapat dilupakan.

Kredit : Palacio de Sal
Palacio de Sal berkeluasan 48,000 kaki persegi dan mempunyai 30 buah bilik dan suite.

Kredit : Palacio de Sal
Bilik standard dengan ruang kecil dilengkapi dengan tempat duduk, telefon, katil, alat pemanas dan bilik mandi.

Kredit : Palacio de Sal
Di dalam bilik suite pula, ia dilengkapi dengan ruang bilik tidur, bilik mandi dengan tab rendaman. Kemudahan Wi-Fi disediakan di dalam semua bilik hotel.

Kredit : Palacio de Sal
Palacio de Sal terletak di Salar de Uyuni, Bolivia, satu kawasan bergaram yang berkeluasan 4,086 batu persegi yang mana pada keseluruhannya lokasi ini merupakan kawasan semulajadi yang dipenuhi garam sehingga ke kerak bumi.

Kredit : flickr
Pemandangan kawasan ini daripada hotel amat hebat dan mempesonakan. Anda akan dapat melihat tekstur garam di kawasan yang rata dan luas ini dan ia bertambah cantik apabila melihat warnanya pada waktu matahari terbenam.

Kredit : Palacio de Sal
Di dalam hotel ini terdapat sebuah restoran yang dikenali El Meson dan hidangan istimewanya ialah sudah semestinya Ayam Garam, hidangan ayam yang dibungkus dan dimasak dengan garam.
Bagi sesiapa yang teringin untuk menginap di hotel ini untuk melihat pemandangan kawasan Salar de Uyuni yang cantik, hotel ini telah bekerjasama dengan Hidalgo Tours, yang menawarkan pakej pelancongan dan lawatan di kawasan ini.
Lokasi ini juga sangat sesuai bagi pasangan yang ingin menjalankan upacara perkahwinan unik kerana hotel ini juga menawarkan pakej tersebut. Apa kata bagi anda yang menyukai lawatan pelancongan unik, berkunjunglah ke Salar de Uyuni, Bolivia dan menginap di hotel Palacio de Sal bergaram dan masin ini. Pasti ia merupakan satu pengalaman melancong yang unik dan tidak dapat dilupakan.
Sumber : Elite Readers
(7GAMBAR) Hotel di Bolivia ini dibina dengan menggunakan garam! Adakah ia berasa masin?
Reviewed by penghentam setia
on
10:23
Rating:
No comments: