latest comments

(5GAMBAR + VIDEO) Cara tepat ukur jari bagi mendapatkan saiz cincin yang sesuai

Cara tepat ukur jari bagi mendapatkan saiz cincin yang sesuai


Perkahwinan yang lengkap pasti mempunyai satu objek penting ini, iaitu cincin. Hal ini kerana ia disebut-sebut sebagai satu lambang cinta yang dizahirkan oleh pasangan pengantin antara satu sama lain.


Namun, aksesori tersebut bukan sahaja boleh disarung oleh pasangan pengantin, malahan ia juga menjadi satu tanda penting bahawa seseorang itu telah bertunang. Tetapi, tidak salah jika seseorang itu minat untuk memakai aksesori berkenaan kerana ia juga merupakan pelengkap gaya.
Jadi, adalah penting untuk kita mengetahui saiz sebenar jari kita agar kita tidak tersalah membeli cincin yang tidak sesuai dengan jari kita. Hal ini kerana, setiap jari mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza.


Jika kita pergi ke kedai perhiasan, terdapat alatan khas yang boleh digunakan untuk mengukur saiz jari kita dengan mudah dan pantas. Tetapi, kita juga boleh mengukur sendiri secara manual menggunakan alatan yang mudah untuk didapati.
Alatan yang diperlukan adalah : kertas/benang, gunting, pensil dan pembaris.
Caranya adalah :


#1. Tenangkan jari.
#2. Gunting kertas lebih kurang dalam kelebaran  2 sentimeter dan panjang dalam sejengkal. Begitu juga jika anda gunakan benang. Gunting benang dalam anggaran sejengkal.
#3. Ambil kertas/benang yang anda gunting tadi, lilitkan pada jari manis anda.
#4. Seterusnya, tandakan di mana kedua-dua hujung itu bertemu. Jangan terlalu ketat dan longgar.
#5. Setelah ditandakan pertemuan kedua hujung benang /kertas itu tadi, letakkan sebaris pembaris anda, dan ukur ukuran benang/ kertas berkenaan. Pastikan ukuran dilakukan dalam unit milimeter.


#6. Rujuk panduan saiz cincin/ukur lilit jari.




Ukurlah jari anda pada hari siang kerana ketika itu jari anda mengembang dan saiznya mungking berbeza berbanding anda membuat ukuran pada malam hari. Elakkan daripada mengukur jari anda sewaktu masih basah, sebaliknya ukur ketika kering.

Sumber: iKahwin
(5GAMBAR + VIDEO) Cara tepat ukur jari bagi mendapatkan saiz cincin yang sesuai (5GAMBAR + VIDEO) Cara tepat ukur jari bagi mendapatkan saiz cincin yang sesuai Reviewed by penghentam setia on 20:42 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Powered by Blogger.