
Semakin hari semakin banyak gajet dan peralatan canggih dicipta untuk melancarkan aktiviti harian kita. Mari lihat 15 ciptaan canggih yang pasti anda pun mahukannya!
#1 Cawan anti leleh
Cawan anti leleh ini akan menampung air yang meleleh daripada cawan dan tiada titisan air akan tumpah di atas meja.

Kredit: Kim Keun Ae
#2 Pancuran air canggih
Mahukah anda memiliki pancuran air canggih seperti ini? Pasti ia akan memudahkan dan menjimatkan masa mandi anda!

Kredit: ThatsJustYourOpinionMan/Imgur
#3 Cawan boleh dimakan
Dengan adanya cawan boleh dimakan, anda tidak perlu menunggu makanan tersedia di atas pinggan. Minum, gigit, kunyah dan telan. Mudah bukan?

Kredit: The Way We See The World
#4 Pemancar tenaga solar untuk kereta di tempat parkir
Jika banyak pasaraya atau majikan memasang alat pemancar tenaga solar ini di tempat parkir, pasti anda tidak akan berebut-rebut untuk mencari parkir di bawah bumbung. Selain mengecas semula bateri, kereta anda pun berada dalam mod sejuk.

Kredit: r00t3r/Reddit
#5 Pen pengesan warna
Dengan hanya mengimbas warna pada sebarang objek, contohnya buah limau, anda akan mendapati dakwat pen itu berwarna oren seperti limau yang anda pilih tadi.

Kredit: Jinsun Park
#6 Hud di dalam beg galas
Jangan risau jika terpaksa berjalan di bawah cahaya matahari terik atau gerimis kerana dengan adanya hud yang disertakan bersama beg galas ini pasti membuatkan hari anda berjalan lancar!

Kredit: inStash
#7 Tempat duduk boleh laras
Anda boleh laraskan tempat duduk ini dan duduk di kawasan yang kering.

Kredit: Sung Woo Park
#8 Pemegang cawan lengkung
Cawan anda pasti tidak akan jatuh dan air tidak akan tumpah dengan menggunakan pemegang cawan lengkung seperti ini.

Kredit:
#9 Tangga beserta peluncur
Jika anak-anak sudah terlambat ke sekolah atau anda sendiri terlambat ke tempat kerja, bolehlah menggunakan peluncur ini. Namun harus diingati untuk menjaga keselamatan setiap masa.

Kredit: indulgy.com
#10 Pemegang gajet
Dengan adanya pemegang gajet seperti ini, anda masih dapat menonton drama kegemaran anda tanpa perlu memegangnya.

Kredit: Bright Side
#11 But besar
Pasti aktiviti membasuh kereta menjadi lebih mudah dengan adanya but besar dan tinggi seperti ini!

Kredit: Buzz Feed
#12 Srin di bilik air panggung wayang
Skrin ini memaparkan wayang yang sedang ditayangkan sama seperti di dalam panggung wayang. Jika anda sakit perut semasa menonton wayang segeralah ke tandas kerana di sana anda masih boleh menonton wayang yang sama!

Kredit: steve699/Imgur
#13 Penebuk lubang lut sinar
Penebuk lubang lut sinar seperti ini pasti memudahkan kerja-kerja pemfailan bukan?

Kredit: Fuzdc4/Imgur
#14 Bantal serba selesa
Bantal seperti ini bukan sahaja menjadi idaman para ibu mengandung malah orang biasa pun pasti mahukannya!

Kredit: medcline.com
#15 Payung alaf baru
Payung alaf baru seperti ini pasti akan membuatkan anda tidak bimbang lagi untuk berjalan dalam hujan.

Kredit: Pinterest
Sumber: Bright Side
(15 GAMBAR) ciptaan canggih yang pasti anda pun mahukannya
Reviewed by penghentam setia
on
23:45
Rating:
No comments: