latest comments

Lelaki berusia 60 tahun melawan seekor harimau bintang dengan tangan dan sebatang kayu sahaja

Lelaki berusia 60 tahun melawan seekor harimau bintang dengan tangan dan sebatang kayu sahaja


Seorang lelaki berusia 60 tahun telah bergelut dan melawan seekor harimau bintang liar menggunakan tangan dan sebatang kayu sahaja!
Harimau bintang itu dikatakan cuba untuk menyerang jiran lelaki itu, seorang wanita berusia 50 tahun di sebuah kampung di India. Video yang berjaya merakam kejadian itu merekodkan suara penduduk yang ketakutan apabila lelaki itu cuba menghalau harimau bintang itu.






Lelaki itu berjaya melepaskan diri daripada cengkaman haiwan liar itu apabila ia mulai menggigit kaki dan tangannya.
Apabila orang ramai cuba menghalau harimau bintang itu, ia memasuki rumah warga emas itu dan cuba menggigitnya. Anak lelaki warga emas itu cuba untuk membantu bapanya tetapi harimau bintang itu menyerangnya pula. Kedua-dua mereka bergelut untuk menyelamatkan diri.


Mungkin harimau bintang itu menyedari semakin ramai orang berada di situ sehinggakan ianya melarikan diri. Namun, ia menyerang pula jiran mereka, wanita yang berusia 50 tahun yang sedang duduk di hadapan rumahnya.


Haiwan itu akhirnya melarikan diri ke dalam ladang tebu berdekatan.
Serangan harimau bintang liar bukanlah satu perkara asing lagi. Pada tahun 2014, Kamla Devi yang sedang mengambil air di kampungnya diserang oleh haiwan itu.


Wanita itu terselamat namun, dia telah mendapat kecederaan serius semasa pergaduhan itu. Bersenjatakan cangkul dan penyodok, dia bergelut hampir sejam sebelum menyedari haiwan itu sudah mati.
Menakutkan bukan? Apakah yang anda akan lakukan sekiranya anda diserang haiwan liar ini?


Sumber : Era Baru
Lelaki berusia 60 tahun melawan seekor harimau bintang dengan tangan dan sebatang kayu sahaja Lelaki berusia 60 tahun melawan seekor harimau bintang dengan tangan dan sebatang kayu sahaja Reviewed by penghentam setia on 10:19 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Powered by Blogger.