latest comments

Hasil seni daun-daun yang berguguran sebagai hadiah buat pelajarnya, anda pasti kagum dengan apa yang dilakukan kaunselor ini!

Hasil seni daun-daun yang berguguran sebagai hadiah buat pelajarnya, anda pasti kagum dengan apa yang dilakukan kaunselor ini!


Kesibukannya mengurus kerjaya tidak membataskan Joanna Hedrick untuk mengisi masa luangnya dengan mencipta seni yang cantik lagi indah di persekitaran kampusnya.


Dia yang bekerja sebagai seorang kaunselor di Pusat Perkhidmatan Pelajar di Sacramento State University walau bagaimanapun masih dapat melakukan hobi kegemarannya di sekeliling tempatnya bekerja.
Semuanya bermula pada tahun 2013, ketika Hedrick mengambil foto dua orang anaknya di sekolah. Mencari latar belakang yang menarik, dia menggunakan pencakar rumput untuk menyusun daun-daun yang berguguran dari pokok gingko lalu menjadikannya corak keemasan yang cantik.




Dia terkejut dengan sambutan yang positif daripada orang ramai yang melihat dan berkongsi foto-foto itu di media sosial, jadi dia membuat keputusan untuk menghasilkan seninya itu sebagai sebuah tradisi tahunan.
Sekarang dia telah membuat kira-kira enam reka bentuk rumit setiap tahun daripada daun pokok gingko, memberikan mereka hadiah untuk pelajar yang sedang sibuk belajar untuk peperiksaan.
Anda pasti kagum dengan apa yang dilakukan kaunselor ini bukan? Lihat gambar-gambar di bawah, anda pasti akan bertambah kagum dengan hasil seninya!











Hasil seni daun-daun yang berguguran sebagai hadiah buat pelajarnya, anda pasti kagum dengan apa yang dilakukan kaunselor ini! Hasil seni daun-daun yang berguguran sebagai hadiah buat pelajarnya, anda pasti kagum dengan apa yang dilakukan kaunselor ini! Reviewed by penghentam setia on 16:07 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Powered by Blogger.