latest comments

(5GAMBAR + VIDEO) Apabila penduduk mengadakan pertunjukan bunga api, teka siapa yang ketakutan lalu lari bertempiaran

[Video] Apabila penduduk mengadakan pertunjukan bunga api, teka siapa yang ketakutan lalu lari bertempiaran


Sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan kucing atau anjing di rumah, anda pasti akan menyedari yang ia akan menjadi begitu tertekan dan menjelekkan bagi haiwan ini apabila mendengar bunyi letupan dan percikan bunga api apabila terdapat sesuatu keraian atau pesta yang membabitkan pertunjukan bunga api.

Dan sebenarnya bukan haiwan ini sahaja yang akan menjadi tertekan, jelek dan ketakutan apabila mendengar percikan dan letupan bunga api, malahan haiwan spesies mawas ini.
Dalam satu keraian Hari Bapa Thailand di Kuil Phra Prang Sam Yod atau Kuil Monyet di Lopburi, Thailand, satu pertunjukan bunga api telah diadakan di kawasan tersebut.

Kredit : Youtube.com
Dalam keadaan semua penduduk sedang bergembira meraikan pesta dan tidak sabar melihat pertunjukan bunga api, dilihat terdapat sekumpulan haiwan yang sememangnya penghuni kuil yang setia iaitu monyet yang berasa tidak senang duduk menanti pertunjukan bunga api tersebut. Kumpulan monyet atau kera dalam jumlah yang banyak ini bukan berasa teruja tetapi sedang berada dalam keadaan ketakutan.
Apabila pertunjukan bunga api bermula, mereka berasa sangat tertekan dan resah dengan bunyi bising yang dihasilkan dan telah lari bertempiaran ke tengah jalan berhampiran sehingga berkumpul dengan banyaknya di tepi bangunan kedai yang dipenuhi orang ramai yang mahu melihat pertunjukan bunga api.
Kredit : Youtube.com
Kejadian ini dirakam oleh salah seorang yang berada di deretan kedai tersebut, yang menunjukkan kumpulan kera yang banyak ini benar-benar telah terkejut mendengar bunyi letupan bunga api itu dan lari ketakutan secara bertempiaran tanpa memikir akan dilanggar oleh kenderaan yang lalu lalang di jalan tersebut.

Kumpulan kera yang sangat banyak ini langsung tidak menghiraukan keselamatan dan risiko dilanggar kenderaan kerana lebih takut akan bunyi kuat letupan bunga api tersebut. Mungkin pemandu kenderaan lebih arif untuk memperlahankan kenderaan di situ kerana mereka sudah biasa melihat bilangan kera yang sememangnya banyak terdapat di situ. Jadi mereka yang sepatutnya lebih berhati-hati menjaga keselamatan kera di situ.

Dari jauh kumpulan kera ini dengan perasaan tertekan dan bimbang menunggu pertunjukan bunga api sehingga selesai. Kemudian mereka dihalau pemilik premis supaya kembali ke tempat asal habitat kera ini di kuil, apabila pertunjukan bunga api tersebut telah selesai.
Lihat video di bawah.


(5GAMBAR + VIDEO) Apabila penduduk mengadakan pertunjukan bunga api, teka siapa yang ketakutan lalu lari bertempiaran (5GAMBAR + VIDEO) Apabila penduduk mengadakan pertunjukan bunga api, teka siapa yang ketakutan lalu lari bertempiaran Reviewed by penghentam setia on 18:44 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Powered by Blogger.