
Setiap tahun, negeri-negeri di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan terpaksa berhadapan dengan bencana banjir yang bukan sahaja menyebabkan kemusnahan harta benda tetapi juga menyukarkan pergerakan mangsa banjir.
Lantaran itu, Amin Mohamed, 31 tahun yang merupakan seorang pengusaha dan pembekal barangan aluminium serta cermin di Kampung Bukit Tanah, Pasir Puteh, Kelantan telah mencipta sebuah motosikal yang berfungsi untuk mengharungi bah.
Dengan menggunakan daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi, Amin hanya menghabiskan sebanyak RM500 untuk mencipta rekabentuk unik pada motosikal berkenaan.
Motosikal khusus ini telah direka menggunakan enjinHonda C70 dan dilengkapi dengan satu tayar motosikal pada bahagian hadapan manakala pada bahagian belakang pula, Amin menggunakan dua biji tayar kereta.

“Saya buat lakaran reka cipta motosikal ini atas kertas Januari lalu dan mula membuatnya sedikit demi sedikit pada waktu terluang”.
Tambah Amin lagi, “Saya hanya guna bahan terbuang dan bahan sedia ada kerana saya perlu elak kos tinggi. Ciptaan ini bukan untuk meraih keuntungan, hanya untuk kepuasan diri”.
Motosikal ini dikatakan mampu mengharungi banjir sedalam satu meter namun penambahbaikan tetap perlu dilakukan bagi membolehkan Amin mengharungi banjir yang lebih dalam.
“Kalau ikutkan, motosikal ini belum siap sepenuhnya tapi saya tak sabar untuk mengujinya bila beberapa kawasan di Selising ini dilanda banjir”.

Berikutan ciptaan yang begitu inovatif ini, Amin menjadi terkenal bukan sahaja di sekitar kawasan kampung tetapi juga di media sosial. Malah, rumahnya turut menjadi tumpuan orang ramai yang teruja untuk melihat sendiri motosikal berkenaan.
Di samping itu, Amin turut menerima banyak pesanan ringkas daripada netizen menerusi akaun Facebook yang berminat untuk mengetahui ciptaannya secara terperinci.
“Motosikal istimewa itu bukan sahaja mampu mengharungi air malah ia dicipta untuk aksi lasak dengan kesesuaian kepada semua jenis permukaan jalan”.
“Saya akan pasang beberapa aksesori selepas ini untuk mencantikkan lagi ciptaan saya serta menambah fungsi sampingan yang difikirkan perlu”.
Sumber: Sinar Harian
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Sumber : Era Baru
(2GAMBAR) Lelaki cipta motosikal khas untuk mengharungi banjir dengan bajet sebanyak RM500 sahaja
Reviewed by penghentam setia
on
08:57
Rating:
No comments: