latest comments

(26GAMBAR) Apa? Pakaian-pakaian yang cantik dan berwarna-warni ini diperbuat daripada karung tepung?!

Apa? Pakaian-pakaian yang cantik dan berwarna-warni ini diperbuat daripada karung tepung?!




Pada tahun 1930-an, dunia mengalami kemelesetan ekonomi yang dahsyat sehingga memaksa semua orang menyimpan dan mengguna semula apa-apa sahaja yang boleh dikitar semula sebagai satu cara hidup.

Pada hari ini, orang ramai masih lagi gemar menyimpan wang dan mengurangkan sisa yang masih boleh digunakan melalui DIY projek yang kreatif seperti menginovasi tayar terpakai menjadi tempat duduk. Tetapi pada waktu dahulu, projek “buat sendiri” ini bukanlah trend malah ia adalah keperluan.
Pada waktu yang sukar itu, jika wanita ingin menyediakan keperluan untuk keluarganya, mereka harus bertindak kreatif terutamanya tentang pakaian. Disebabkan keadaan mendesak, mereka tampil dengan idea yang luar biasa apabila menyedari karung tepung yang dimiliki selama ini boleh dijadikan pakaian.
Mereka selalu mengosongkan karung tepung yang diperbuat daripada kain kapas lalu mengubahnya menjadi pakaian. Sebaik sahaja pengilang tepung menyedari akan hal itu, mereka memutuskan untuk mencipta semula cara mereka membungkus tepung dan hasilnya sungguh menakjubkan!
Apabila pengilang tepung melihat wanita mengubah karung tepung mereka menjadi pakaian, lampin, kain basuh pinggan mangkuk dan banyak lagi, mereka mula membuat karung tepung yang lebih menarik dengan pelbagai corak. Semua keluarga benar-benar menghargainya ketika keadaan benar-benar terdesak.
Karung yang diperbuat daripada kain kapas itu didatangkan dengan warna-warna yang terang, corak yang berwarna-warni dan kadang-kadang corak mainan. Lihat karung tepung yang dipegang oleh lelaki ini. Ia mempunyai corakteddy bear namun dakwatnya boleh dibasuh.
Kredit: Pinterest
Disebabkan bajet keluarga yang tidak mencukupi dan mereka bertungkus lumus untuk menyimpan, maka pakaian karung tepung adalah perkara biasa malah banyak corak unik yang telah dicetak pada karung tersebut.

Corak pada karung tepung tersebut datang dalam pelbagai warna dan corak.
Dianggarkan ketika kemelesetan berlaku, 3.5 juta wanita dan kanak-kanak memakai pakaian dan menggunakan barang-barang yang dihasilkan daripada karung tepung.
Mungkin ianya kelihatan agak pelik untuk menggunakan karung tepung pada masa kini tetapi pada waktu kemelesetan dahulu ia adalah cara untuk meneruskan hidup.

Dan sekiranya mereka terpaksa memakai karung tepung mungkin mereka juga akan kelihatan cantik berseri.
Corak-corak pada karung tepung tersebut didatangkan dengan pelbagai gaya di mana pengilang mendapat ilham daripada minat orang ramai daripada pelbagai peringkat umur.
Kebanyakan karung tepung yang dibuat daripada kain kapas itu sungguh cantik dan fabrik itu masih digunakan oleh pereka fesyen pada hari ini.
Anda pasti tidak percaya, kain ini adalah daripada karung tepung! Corak-coraknya yang cantik bagai kain yang fesyen hari ini.

Menariknya lagi, karung tepung itu juga didatangkan dengan arahan bagaimana cara untuk membasuh dakwat logo syarikat yang telah dicetak.
Selain itu, pengilang tepung turut mencetak tutorial bagaimana karung terpung boleh dipelbagaikan. Ianya seolah artikel DIY pada tahun 1930-an.

Terdapat karung tepung yang dicetak di atasnya arahan dan cadangan yang mana tulisan tersebut boleh dibasuh dengan mudahnya.
Kredit: The Etsy Blog
Seiring dengan perkembangan pakaian karung tepung, buku panduan untuk menjahit “beg kain kapas” juga diperkenalkan dan diagih-agihkan.
Anak-anak yang anda lihat dalam gambar ini sebenarnya memakai pakaian yang dihasilkan daripada karung tepung. Tetapi disebabkan warna dan coraknya yang menarik serta kemahiran menjahit yang mengagumkan pasti anda tidak menyangka bukan?
Anak-anak dalam keluarga ini memakai pakaian yang sama kerana dihasilkan daripada karung tepung yang sama.
Kredit: Textile Ranger
Jelas sekali pakaian karung tepung ini begitu terkenal tidak kira peringkat umur. Lihatlah wanita-wanita ini, mereka juga turut memakai gaun dari karung guni selain mencipta beg tangan juga.

Ada juga wanita yang mengambil peluang untuk mendapatkan wang lebih dengan menjahit pakaian dan barang lain untuk kawan-kawan dan jiran tetangga.
Kredit: Vintage Dancer
Apabila pakaian itu hancur, ia diubah menjadi selimut.
Kredit: The Etsy Blog
Namun semuanya berubah sejak bermulanya Perang Dunia II. Kapas dikatakan menjadi bahan utama untuk membuat pakaian askar. Oleh itu, rakyat dengan rela hati “melepaskan” fabrik itu sebagai tanda menyokong askar demi perjuangan mereka.

Kredit: NWW2M
Sejak itu, tepung telah dibungkus dalam beg kertas. Siapa tahu sesuatu yang semudah tepung boleh menjadi tinggalan sejarah buat Amerika!
Kredit: Pinterest
Menggunakan semula dan mengitar semula bahan bukan hanya cara terbaik untuk menjadi lebih mampan malah ia juga merupakan sebahagian daripada warisan rakyat Amerika!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Sumber : Era Baru
(26GAMBAR) Apa? Pakaian-pakaian yang cantik dan berwarna-warni ini diperbuat daripada karung tepung?! (26GAMBAR) Apa? Pakaian-pakaian yang cantik dan berwarna-warni ini diperbuat daripada karung tepung?! Reviewed by penghentam setia on 08:50 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Powered by Blogger.